Proudly own by BLANK SHEET ENTERPRISE (NS0094934-X)

Tuesday 9 July 2013

Kezaliman Terhadap haiwan

Memang banyak kucing atau anjing terbiar yang berkeliaran di sekitar kita namun adalah menjadi kesalahan sekiranya kira menzalimi haiwan tersebut. Mereka juga mempunyai hak dan kebebasan untuk hidup didunia ini. Walaupun kira tidak mampu untuk menjaga mereka tapi janganlah memandang hina kepada mereka.

Merujuk kepada portal rasmi jabatan perkhimatan veterinar ada 5 prinsip kebebasan haiwan :
  1. kebebasan daripada kelaparan dan kehausan
  2. kebebasan daripada ketidakselesaan
  3. kebebasan daripada kesakitan, kecederaan dan penyakit
  4. kebebasan untuk memperlihatkan tingkahlaku / perwatakan yang normal
  5. kebebasan daripada ketakutan dan penderitaan
Alhamdulillah kesedaran awam dan NGO terhadap kebajikan haiwan semakin meningkat dewasa ini dan kesalahan menzalimi haiwan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Harapannya agar apa yang dinyatakan oleh Datuk Seri Noh Omar dalam Malaysia Kini untuk meminda Akta Binatang 1953 akan menjadi kenyataan dengan penguatkuasaan secara consistent.

Apapun, sebagai pencinta haiwan peliharaan, jagalah mereka dengan penuh kasih sayang kerana mereka juga sebenarnya membantu menyempurnakan kehidupan kita. Berbanggalah dengan keazaman dan kesanggupan kita untuk memastikan mereka juga terpelihara sesungguhnya mereka pasti akan mendoakan kesejahteraan kita selagi kita ikhlas membantu.

No comments:

Post a Comment